Syarikat KF Marketing Sdn.Bhd.

Syarikat KF Marketing Sdn.Bhd. telah ditubuhkan pada 9 Oktober 2004 dan memulakan operasinya pada 1 Disember 2005. Ia adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera dan merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ia adalah syarikat usahasama NEKMAT dengan Majuikan Sdn.Bhd, Konsortium Pasar Borong Sdn.Bhd, Ace Roto Moulding Sdn.Bhd, Persatuan Nelayan Negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Perlis.

Perniagaan utama Syarikat KF Marketing Sdn.Bhd. adalah membekalkan Kotak Fiber iaitu Kotak Ikan Berinsulasi LKIM kepada pembekal, pemborong, pengimport dan pengeskport ikan serta kepada nelayan-nelayan.

Objektif syarikat ini adalah untuk menjadi pembekal, pengimport, pengeskport serta memasarkan kotak ikan berinsulasi LKIM ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta Thailand dan Indonesia.

Alamat untuk dihubungi :
Syarikat KF Marketing Sdn.Bhd.
163, Tingkat 1, Jalan 2/3 A, 
Pusat Bandar Utara, KM 12,
Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur
Tel:+603-6138 2919 || Fax : +603-6137 9439

 

© 2009 Persatuan Nelayan Kebangsaan - Webmaster