Kontrak Pembekalan Rangsum Segar

(Ikan, Sayur dan Buah-Buahan)

Projek ini melibatkan kontrak pembekalan rangsum segar seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan bahan mentah kepada Institusi Kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain di kawasan Semenanjung dan Sarawak mengikut zon-zon tertentu.

Projek kontrak ini terdiri dari 4 lokasi bagi memudahkan operasi di setiap kawasan berjalan dengan lancar iaitu :-

Projek Kontrak Tengah - Ditubuhkan pada Ogos, 1990 lokasinya terletak di Taman Wahyu, Kuala Lumpur.
Projek Kontrak Perak   - Ditubuhkan pada November, 1996, lokasinya di Ipoh, Perak termasuk Cameron Highland.
Projek Kontrak Pahang     - Ditubuhkan pada Januari, 1997 lokasinya di Kuantan, Pahang
Projek Kontrak Sarawak   - Ditubuhkan pada September, 1994 lokasinya di Kuching, Sarawak

Projek ini berjalan sendiri di mana kakitangan NEKMAT terlibat secara langsung dengan operasi pembekalan.
NEKMAT menyediakan semua infrastruktur yang berkenaan dalam menjalankan projek ini agar ianya berjalan dengan baik. Projek ini menyediakan simpanan ikan beku berbagai jenis sehingga 3 bulan bekalan bagi memastikan bekalan ikan tidak terputus.

Dalam bidang katering juga, NEKMAT telah menceburi bidang pembekalan makanan bermasak bermula pada tahun 2005 di Sekolah Menengah Berasrama dan UiTM di negeri Kedah dan Selangor. 

 

© 2009 Persatuan Nelayan Kebangsaan - Webmaster