Pemasaran Ikan Basah secara borong telah dimulakan semenjak tahun 1990. Antara lokasi-lokasi projek ini ialah di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur, Pasar Borong Pandan di Johor Bharu dan Pasar Besar Klang di Selangor.
Waktu operasinya bermula pukul 1.30 pagi hingga 8.00 pagi. Bekalan ikan tersebut diperolehi daripada nelayan tempatan dan juga dari luar negara seperti Indonesia dan Thailand.
Projek ini berperanan untuk membekalkan ikan ke pasar-pasar yang kecil, kedai-kedai, supermarket, individu dan sebagainya. Pemborong, peruncit dan individu boleh memperolehi bekalan dari NEKMAT melalui projek ini.
Diantara ikan yang biasa dibekalkan adalah seperti merah, kerapu,jenahak,tenggiri, bawal,sotong dan lain-lain mengikut permintaan pelanggan.
Pelanggan yang berminat bolehlah menghubungi Nekmat untuk mendapatkan bekalan ikan.