----- :: Selamat Datang Ke Laman Web Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) :: -----

Kotak Ikan Berinsulasi

NEKMAT adalah pembekal kotak ikan berinsulasi di Malaysia.Kotak ikan berinsulasi telah di bentuk khas dan mempunyai ciri-ciri tertentu bagi mengatasi masalah keselamatan pengguna, penjimatan kos dan mengelakkan pencemaran dan persekitaran dan menjamin bekalan ikan yang bermutu tinggi. Rekabentuk yang sempurna ini banyak memberi faedah kepada pengguna, diantaranya ialah tidak mengandungi toksid, tidak terjejas dengan apa-apa kakisan seperti garam, air laut, airbatu dan tidak mempunyai unsur logam.


Ukuran Kotak Plastik ialah :-

 
A
B
C

Panjang

970mm
690mm
690mm

Lebar

600mm
470mm
470mm

Tinggi

610mm
500mm
360mm

Kapasiti

100kg
50kg
30kg

Rekabentuk dan ciri-ciri serta spesifikasi Kotak Plastik NEKMAT adalah seperti berikut :-
1. Rekabentuk yang boleh disusun secara bertingkat.
2. Direkabentuk untuk kegunaan forklift.
3. Penggunaan screw cap untuk keluarkan ais yang cair.
4. Permukaan yang licin dan tidak berklim.
5. Dilengkapi kekunci selak untuk melekatkan penutup pada kotak.

 

 Enjin

ffffffffNEKMAT membekalkan enjin sangkut  dari 2 kuasa kuda hingga 250 kuasa  kuda berjenama  Suzuki  & ffffffffYamaha. Model Yamaha ialah V4,V6, Jarak sederhana, mudah alih dan enduro, manakala model Suzuki ffffffffadalah berjenis 4 lejang.

          Pukat

NEKMAT memulakan projek pukat pada tahun 1987. Pelbagai jenis pukat yang NEKMAT bekalkan kepada nelayan.Di antaranya ialah Pukat Tunda, Jerut Bilis, Pukat Hanyut, Pukat Jerut Ikan, Pukat Udang 3 Lapis, Tali, Pelampung dan sebagainya.Pukat tersebut sesuai untuk bot kecil dan juga Bot Laut Dalam.

 

 

Minyak Pelincir

NEKMAT membekalkan minyak pelincir kepada bot-bot nelayan mengikut jenis-jenis yang tertentu.Di antara minyak pelincir yang dibekalkan adalah seperti berikut :

1.URANIA SUPREMO CI-4 SAE 15W-40 dan SAE 20W-50
2.URANIA TURBO CF-4 SAE 15W-40 dan SAE 20W-50
3.URANIA CF SAE 10W/30/40/50
4.URANIA CD SAE 10W/30/40/50
5.URANIA SUPREMO CJ-4 SAE 15W-40