Bekalan Minyak Diesel / Silinder

Projek ini mula beroperasi pada tahun 1987 dengan memperolehi sumber bekalan dari Petronas Dagangan Berhad dan Shell Malaysia Trading Sdn.Bhd.


Objektif utama projek ini ialah untuk membekalkan minyak kepada semua nelayan melalui Persatuan-Persatuan Nelayan Kawasan di Semenanjung, Sarawak dan W.P Labuan.


Pada Disember, 1997 penjualan minyak tanpa duti telah diperkenalkan dan sambutannya adalah mengalakkan. Semenjak dijalankan, projek ini telah berjaya memberikan pulangan lumayan kepada semua nelayan di Malaysia. Pulangan dalam berbagai bentuk khususnya seperti peningkatan pendapatan saham dan dividen kepada ahli.

Pada 1 Januari 2006, NEKMAT telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pembekalan minyak diesel bersubsidi untuk sektor perikanan. Dalam melaksanakan pembekalan minyak diesel bersubsidi ini sampai ke kumpulan sasar, NEKMAT telah menyalurkan bekalan melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang bertindak sebagai pusat jualan runcit. Sebanyak 53 buah PNK dari 142 pusat jualan runcit yang terlibat. NEKMAT mendapat sumber bekalan minyak dari Petronas Dagangan Berhad, Shell Malaysia Trading Semenanjung, Syarikat Shell Timur Bhd, di W.P. Labuan dan Sarawak, Boustead Petroleum Marketing Sdn.Bhd dan Chevron Malaysia Sdn.Bhd.

Projek ini telah berjaya membawa nelayan Malaysia bagi mencapai hasrat kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan Ahli-Ahli Nelayan.

© 2009 Persatuan Nelayan Kebangsaan - Webmaster